Selasa, 29 April 2014

Selera makin naik.. UP UP Away

Assalamualaikum & salam sejahtera semua

Semenjak perut semakin menaik. Selera makan pun turut naik sekali. Bukan setakat dua kali ganda. Hunny rasa dah macam naik berpuluh-puluh kali ganda selera kali nie. Sampaikan dalam seminggu berat hunny naik dalam 3 kg. Havoc tak kau -..-

Alhamdulillah setakat nie mengidam hunny takde la pelik-pelik lagi. Cuma baru nie hunny betul-betul teringin nak makan ayamazz. Tapi disebabkan hunny kat kampung kena la tunggu turun kl.

Dah sampai kl cik hasben mr.hunny dah standby tenaga dan poket. Hehehehe nasib hunny datang time nak gaji. Bijak tak haku. So perkara pertama sampai of coz memanja dulu ngan cik somi bagi mood dia di tahap yang paling maksimum ok. Sebab senang nak mintak yang lenlain. Hahahahaha ^..^

Besok pe lagi p low yatt dan akhirnya dapat juga pe yang hunny dok ngidam selama nie. Sambil tue sempat lagi menambah pe yang patut. Hehehehe. Dah habis pusing kat low yatt, ajak cik somi p cuci mata kat pavillion.

Sampai kat sane cik somi nak rasa makanan korea. Dah lama teringin kata nya, tapi sebab hunny nampak tony roma's terus anak tekak rasa nak sesangaaaat makan. Hahaha melepaih cik somi nak makan dia punya. Ikut aje peel hunny. Sabar aeh sayanggggg..

Dan akhirnya pilihan isteri nya jugak
Yang paling sooodappp



Akhirnya!! hehehehe pueh hati ngan perut haku..

Kata cik somi mr.hunny nasib dapat somi cam dia.. lau x memang hunny kena campak
lam laut jela.. ^..^

Terima kasih bebanyak sayang!!!
Esok lusa saya mintak lagi..
♥..♥


Khamis, 10 April 2014

RISAU ibu mengandung

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Entri kali nie hunny sebenarnya tak nak buat ibu len lain rasa risau. Tapi hunny tak dapat jugak nak elak daripada kongsi dengan bakal ibu-ibu yang lain.

Baru-baru nie dalam fb, hunny slalu baca update status kengkawan hunny. Kebanyakan sumer nya update happy mood sebab diri sendiri dah mengandung dan bini memasing dah mula muntah-muntah.

Tapi ada juga update status yang sedih, dah memang mengalir air mata hunny. Becampur aduk perasaan hunny. Takut, kasihan, simpati, sedih, dan gementar. Perkara nie terjadi pada senior hunny, baru sahaja berkahwin dan akhirnya senior hunny mengandung. Dia memang gembira sangat.

Tapi sewaktu kehamilan, senior hunny alami alahan yang teruk sangat. Dan satu hari dia rasa panas, jadi ibu dia bawa pegi mandi. Selepas ibu senior jirus air terus dia pengsan. Akhirnya senior di sah kan meninggal dunia. Innalillah.... dari dia kita datang kepada dia juga kita kembali.

Satu lagi kisah berlaku pada senior hunny juga, di mana isteri nya tidak sedar kan diri selepas melahirkan anak. Senior memang happy sebab anak yang pertama. Isteri nya mengalami pendarahan yang teruk. Koma selama beberapa hari.

Alhamdulillah, senior kata isterinya sudah sedar. Cuma masih dalam keadaan kritikal lagi. Bayi dan ibu nya baru sahaja dapat jumpa setelah tiga hari lahir ke dunia. Kata senior sepanjang isteri nya hamil tiada berlaku sebarang masalah. Malah waktu nak dekat bersalin pun tiada sebarang masalah. Siap ajak senior p tengok bola lagi.

Hunny doakan isteri nya cepat sembuh dan dapat pegang n jaga baby sendiri. Kita doa kan sesama aeh..

To mr.hunny,
Ingat janji kita.. walau apa pun orang cakap nanti. Mr.hunny kena ikut apa yang kita janji kan bersama...

To lil.hunny,
Ingat mak n babah sentiasa sayang kan kamu selamanya..


Khamis, 3 April 2014

Bayi tiba-tiba berhenti bergerak

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tengok title kat atas mesti ibu-ibu risau. Tetiba baby yang selama nie aktif lam perut. Esok harinya tak rasa pergerakan dah.

Hunny antara salah sorang yang merasa risau dah tak tahap apa. Air mata mengalir bagai tak hengat donia dah. Macam-macam dah dok bermain dalam fikiran hunny. Siap dok anta mesej ngadu kat mr.hunny yang memang dok jauh dari mata hunny. Apatah lagi hunny punya kandungan oksigen dalam darah sentiasa dok jatuh menjunam macam saham dah hunny tengok.

Tapi cepat-cepat hunny tenangkan fikiran, tarik nafas panjang-panjang. Pejam mata n duk relax sekejap. Hunny mula whatssap akak hunny yang juga dok preggy sama macam hunny. Cuma dia awal bape minggu or bape hari daripada hunny. Hunny dok tanya dia punya pergerakan baby dia tuk hunny compare dengan pergerakan baby hunny.

Sambil tue hunny rujuk lam fb, group yang hunny join nie amat ketat sikit. Setiap ahli yang nak join akan di selidik dulu oleh admin bagi mengelak berlaku pergaduhan sesama ibu lam group. Thanks kepada group Mom To Be yang banyak kongsi tips n juga petua kepada ibu-ibu, terutama yang baru first time macam hunny.

So hunny cuba tips yang dikongsi. Antara tips nya, minum air sejuk atau beri kejutan pada baby dengan mendengar muzik atau bunyi. Sambil tue, ibu baring secara mengiring.
Jadi hunny dengarkan baby hunny dengan bacaan surah n zikir-zikir. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pergerakan daripada little hunny.

Macam mana pun, besok kena pi juga klinik tuk periksa lebih lanjut. Dan ada satu lagi laman web yang hunny rasa agak berbaloi tuk ibu- ibu tahu lebih lanjut pasal kandungan dan juga bayi. www.babycenter.com.my banyak info juga yang hunny dapat dalam web nie.

P/s: harap tiada masalah pada little hunny