Selasa, 21 Oktober 2014

suka melekat

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

sekarang baby hunny wafiq semakin suka melekat.. melekat bukan melekat nak mengisap aeh.. maksud hunny melekat kat sini.. wafiq nak ada orang sentiasa dekat dengan dia..

kekadang kena layan dan pandang muka dia.. dan kalau tido pun kena ada kat sebelah dia.. wafiq macam tau-tau je takde orang sebelah dia time tido..

pandai budak kecik ni time tido serapat mungkin dengan hunny dan sometime dia letak tangan kat atas badan hunny.. tak gaya budak umur 2 bulan pun.. sebab tu incik somi selalu cakap yang wafiq perangai dan kelakuan lebih dari umur dia..

time jaga lagi la.. tak boleh hilang sikit pun.. memang tak jalan keje rumah hunny.. selalu kena tunggu mak hunny balik rumah baru dapat start buat keje.. tengah masak dengar je wafiq melalak.. tutup api terus ngadap dia.. alahai sayang...

dalam kereta lain pula jadi nya.. bila hunny pegang lama betul wafiq tido.. tapi bila hunny start bawa kereta dan mak hunny pegang tido sekejap dan time tu la mintak nak mengisap.. baik sesangat anak ummi nie.. aaiiiyyyaaa..

Selasa, 14 Oktober 2014

D.I.Y : Tungku Bayi

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

hari ni hunny nak share d.i.y tungku bayi.. ini pun selepas hunny berkongsi cerita dengan pakcik google.. dapat la beberapa petua dan cecara nak buat..

tungku bayi ni hunny buat sebab my junior selalu kembung perut.. dan ramai duk cakap bayi laki-laki paling kerap kena berbanding bayi perempuan.. itu mitos atau fakta hunny kurang pasti.. tak terpikir plak nak tanya pakcik google.. malas nak bebel banyak-banyak.. jom kita buat sesama okay..

bahan-bahan

2 keping kain empat segi (1 besar, 1 kecik)
*kalau boleh guna kain yang boleh keep haba lama
getah
tali
kapas
lada hitam
halba
biji sawi
habbatus sauda
*ada satu lagi herba hunny guna.. tapi lupa plak nama herba tu.. kalau x de herba yang macam hunny guna.. lada hitam saja pun dah cukup..


kalau nak guna tisu dapur pun boleh.. ada sesetengah orang, sebelum mereka letak herba pada kapas.. ada yang goreng herba terlebih dahulu.. cara goreng jangan letak minyak..


getah nie guna tuk mengikat.. kalau ada bahan yang lebih baik dan tahan panas lagi bagus..


dah siap pun dan nampak selekeh plus cincai kan.. sebenarnya hunny tak da tali yang cantik nak guna.. jadi hunny guna jela apa yang ada.. kata d.i.y kan, janji boleh guna.. lau nak cantik boleh guna kain yang bercorak-corak..

cara nak guna tungku nie senang je.. nak panas kan boleh guna sterika baju.. ataupun letak atas tungku ibu yang panas.. untuk kesan yang lebih berkesan guna 5 atau 6 kali sehari.. 

kalau bahan takde sangat kat umah atau lebih tepat malas nak buat.. kat luar ada banyak jual.. so tak payah nak hentak kepala kat dinding sangat aeh semua.. siap ada jual sekali dengan set bersalin ibu..