Sabtu, 11 Januari 2014

Evening Sickness

Assalamualaikum semua & salam sejahtera untuk non muslim,

Alhamdulillah, walaupun masih lagi dalam mood berkahwin. padahal sudah hampir 2 bulan. hehehehe ;) Allah telah memberi satu rezeki yang mungkin ada sesetengah pasangan menanti begitu lama.

tentu ramai dah dapat kalau tengok daripada title kat atas. Allahuakbar! Allah telah mengurniakan satu lagi nyawa dalam tubuh hunny. semakin hari hunny dapat rasa little hunny semakin membesar : D

Sepanjang kehamilan untuk kali pertama bagi hunny boleh di katakan agak terseksa dan teruk sedikit. tak semua ibu hamil mengalami hal sedemikian.

untuk awal kehamilan sekarang, selera makan hunny turun mendadak. hunny risau sangat sebab badan hunny sudah sedia kurus. hunny cukup risau little hunny tidak mendapat zat yang secukupnya. apatah lagi tekak hunny tak dapat minum untuk ibu mengandung jadi hunny ganti dengan susu cair yang biasa.

semua vitamin jenis pil hunny tak dapat nak terima. telan je keluar semula. dan sekarang hunny tak dapat nak makan nasi. cuma bubur nasi je boleh telan. tapi alhamdulillah hunny masih lagi boleh terima mee dan juga makanan lain. tapi paling kesian mr.hunny sebab hunny langsung tak hidu bau badan dia.. huhuhuhu T_T

Last sekali evening sickness, sama je macam morning sickness. cuma yang bese nya hanya masa sahaja. bermula petang sampai ke malam. dan menyebabkan hunny terpaksa masuk tido dalam pukul 3 atau 4 pagi. nak kejut mr.hunny memang tak sampai hati sebab besok kena bangun awal pagi.

jadi hunny akan duduk luar bilik sampai hilang rasa muntah dan pening. juga mata hunny dah mengantuk sampai tahap maksimum baru hunny masuk bilik tido. walaupun tak pernah kena morning sickness. tapi bila bangun pagi esok tetap penat dan mengantuk sebab tak cukup tido n muntah sepanjang malam.

walau macam mana pun hunny tetap terima dengan hati yang terbuka kerna anugerah ini bukan selalu kita dapat ;D


Jumaat, 10 Januari 2014

Baju Mahal Tahan Lama?

Assalamualaikum semua & salam sejahtera untuk non muslim,

mungkin tak terlambat lagi hunny nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat memulakan alam persekolahan bagi adik-adik kecik molek nie.

nampak post title kat atas tue semua baju mahal tahan lama? mesti ramai yang macam hunny kan. kalau baju tue mahal, berjenama, dah ada retis pakai la, sesana sini duk cakap bagus ler. betul tak ?

dan hari nie hunny dah terkena sebab duk percaya yang baju jenama dan mahal tahan lama. tapi segalanya indah khabar dari rupa. pakai tak sampai 5 kali alih-alih duk koyak kat bawah ketiak. puas juga hunny duk pikir ader sangkut kat mana-mana.takde pulak nak cakap sendat, longgar je lagi baju nie.

puas duk tilik-menilik sambil duk gaduh memanja ngan mr.hunny gara-gara duk habaq hunny pakai ganas. tak baik menuduh tau kecik hati hunny.

lepas duk belek tanpa henti, rupanya jahitan tak kemas dan nampak segala bebenang serabut. jadi lepas nie sesapa yang beli baju. tak kira mahal atau murah. sila periksa jahitan dan segala jenis kain.walaupun jurujual dok cakap yang baru. suh dia buka dan baik anda periksa untuk kali terakhir. melainkan kalau korang semua jenis duk pakai baju sekali pastu derma segala bagai.

hunny harap lepas nie semua lebih berhati-hati dan bagi yang beli online pastikan online shop adalah yang memang diakui oleh pakar. hehehe selamat beramal semua. ;)