Khamis, 20 Jun 2013

Persiapan di saat akhir untuk majlis pertunangan.

     Macam tajuk kat atas, hari nie hunny nak bagitau bagaimana nak buat persiapan di saat-saat terakhir yang konon nya takde masa nak buat sebab kerja ler sangat. contohnya hunny yang busy kerja tak hengat donia la kata kan. Jadi hunny akan bagitau 10 langkah bagaimana nak buat persiapan disaat akhir. hunny harap korang semua enjoy dan dapat menggunakan sebaik mungkin. (^_^)

Langkah 1
Pastikan sehari anda punya majlis pertunangan tue anda mengambil cuti dan sila kenal pasti kawasan mana yang murah dan senang nak cari barang tanpa perlu bergerak banyak tempat. macam hunny pilih masjid india dan jalan TAR dan yang penting pastikan anda makan terlebih dahulu untuk tenaga yang banyak.

Langkah 2
Buat senarai semak barang yang perlu beli. ini penting mengelakkan anda tidak begitu stress ketika membeli.

Langkah 3
Sila pastikan credit fon dan bateri anda mencukupi untuk membuat panggilan. tersangat penting sebab mungkin anda tertinggal barang yang patut dibeli tapi tidak disenarai kan. 

Langkah 4 
Tempah barang yang memerlukan masa untuk siap. contoh kek atau baju. bagi yang nak jimat boleh guna baju raya or baju kurung yang dulu-dulu if kalau korang rasa cantik. dan pastikan ambil semua barang tue sehari sebelum majlis.

Langkah 5
Jika anda tidak yakin dengan pilihan anda sendiri atau korang rasa korang nie tak cukup kreatif dalam memilih barang. sila bawa seseorang yang korang rasa boleh harap dan tak menyusahkan korang dikemudian hari. paling penting tak kuat membebel dan mempunyai citarasa yang hebat. hunny just bawa tunang hunny sebab dari segi pemilihan memang 'daebak'  hehehe gatai guna bahasa korea >_<

Langkah 6
Pastikan ada seseorang yang cukup kreatif serta sanggup berjaga malam tuk siap kan semua hantaran dan juga goodies. lagi bagus kalau u'alls memang kreatif tahap gaban. maka tak perlu nak susahkan orang lain.

Langkah 7
Buat majlis pertunangan bersama majlis lain. kenapa hunny cakap macam tue sebab nya korang tak perlu nak pening pasal hidangan tuk orang ramai sebab ada orang lain yang handle. jadi boleh tumpu pada majlis anda sendiri tanpa pening kepala.

Langkah 8 
Perlu belajar bagaimana nak make up sendiri tanpa perlu upah orang lain. sebab tunang je jadi tak perlu nak havoc sangat la. lagipun cecuba simpan skit seri tue tuk kahwin nanti. hehehe..

Langkah 9
Pastikan duit belanja anda perlu lebih daripda bajet sebenar. kenapa? jangan tanya kenapa aeh. korang dah buat last minute, so jangan harap sangat korang akan dapat murah. Faham! kalau dapat murah tue memang u'alls bernasib baik sesangat.

Langkah 10
Sentiasa ada backup plan or dalam bahasa melayu nya rancangan tambahan. jika ada perkara yang korang rancang tue tak jadi or tak dapat dilaksanakan. sekurang-kurangnya ada rancangan lain yang boleh korang guna pakai untuk cover perkara yang tak jadi tadi. dan yang paling penting pastikan minda anda sentiasa bergerak cergas dan pantas walaupun anda berada didalam tekanan yang amat.

and the most important, senyum n sila cover ayu, cantik n chumel sehabis boleh bila masa berlangsung. walaupun time tue ada masalah. Jangan Pamer sejelasnya di muka anda. Wokeh.. -tamat suder-

p/s : kalau tak nak ada masalah or tak nak rasa tension2. sila lah jangan buat last minute macam hunny. N nanti hunny akan tunjuk hasil gubahan hantaran last minute hunny. kalau ada ler.. >_< and the most important.. ramai yang tak tau baju tunang hunny sepatutnya baju nikah hunny.. sebab tue hunny tak hupdate gambar tunang.. huihuihui "/

  

Sabtu, 15 Jun 2013

after tunang

Ha! kan dua kali post dalam sehari. jarang sangat post, sekali post dua tiga kali. takpe la sebagai bekalan di kemudian hari. hahaha, mana tau esok lusa busy lagi ngan kerja. memang dah tak terpegang laptop nie. bukan setakat tak terpegang. nak sentuh pun memang susah la. pandang sepi je dari jauh. dan sape yang tau hunny kerja kat mana. cer la tetegur sikit. jangan risau hunny takkan makan orang punye.

Tajuk kat atas tue bukan nya hunny nak citer tentang perjalanan hidup hunny selepas menjadi tunangan orang. tapi sebalik kejadian selepas majlis tunang hunny. majlis tunang buat waktu pagi sebab waktu tengah hari sambung dengan majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan majlis arwah. semuanya dibuat sekali tuk menjimatkan masa dan wang tunai. senang kan dan tak perlu nak susahkan sedara mara lain minta cuti banyak-banyak. hehehe..

majlis tunang hunny hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu. sampai majuk-majuk budak tempat keje hunny sebab tak menjemput. bukan tak nak jemput tapi dah plan tuk buat dalam bentuk kekeluargaan gitu. tapi sorang bestpren hunny time blaja datang. sebab lagipun dia sorang je tau hunny nak tunang.

tapi sampai lambat gak sebab katanya fon ter silent. majuk suder bofpren dier, tunggu sampai sanggup tak p keje. cik ton memang tak majuk cuma terasa sesikit tue ada ler. yela dah janji lama tau nak datang ke majlis. tapi time majlis tak nampak plak muka dia. sob sob sob. 

Ok back to story, after semua majlis selesai. kami semua dok packing semua makanan. hajat di hati nak ber picnic kat pantai morib. sekali semua dah masuk keter, masing-masing duk tanya sape tau p jalan pantai morib. lingkup semua plan, maka terpaksa bina plan baru dalam bape saat. setelah kata sepakat ditemui, putrajaya ler jadi pilihan. 

sampai kat destinasi, hunny cakap lapaq sebab dari awal pagi lagi hunny tak makan. takde selera, darah gemuruh la kata kan. dengan selamba duk makan kat jambatan dekat masjid putrajaya sampai tak hirau dah orang duk pandang janji kenyang. 

habis makan terus p wayang kat putrajaya. first, diorang memasing duk pakat nak tengok citer LARI. tapi di bangkang awal-awal oleh hunny. hunny dah lama ngidam nak tengok citer PEE MAk. pujuk punya pujuk, gaya ala manja tak payah cakap. semua nya hunny keluarkan dengan harapan citer hunny nak dapat tengok. 

akhirnya sumer dah mengalah tapi ngan syarat lepas habis citer PEE MAK kena tengok citer AFTER EARTh. tak kesah la janji PEE MAK dapat walaupun dalam hati meronta-ronta tak nak tengok citer after earth. 

masuk wayang tengok citer PEE MAK dari awal sampai akhir memasing duk gelak sakan sampai tak hengat donia. bila scene mengejut muncul, memang mengejut habis sampai hunny duk melatah. gelak-gelak orang kat sebelah hunny dengar hunny melatah. malu tak payah cakap ler. rasa nak sumbat muka nie dalam baju.

habis citer PEE MAK kami semua duk berlari kejar tengok citer seterusnya. sempat juga hunny p tandas tuk melepas kan hajat. masuk je wayang citer dah start tapi yang tak besh nya, wayang dah mula lampu tak padam lagi. tak havoc langsung. lama tak lama mana la dalam 10 minit gak menunggu. pe yang hunny boleh cakap after earth memang hunny dapat jangka citer nie memang buat hunny ngantok. memang memasing kena perli la dengan hunny. hehehe  >_<  sape suh duk mempertikai kan hunny punya gerak hati. 


citer nie hunny bagi 4/5 bintang
mungkin boleh tambah setengah lagi kot.
kalau sesapa tension tak hengat cik ton saran kan tonton citer nie.
sebab kak ton suka sesangat.

citer nie 2/5 jer boleh bagi.
tue pun sebab lakonan anak beranak yang dah memang kita tau teror  sangat  la katakan.
bagi yang tension jangan tengok citer nie.
kang ada balik umah rasa lagi nak hantuk kepala kat dinding.




New born

Haip semua! ini post hunny pertama setelah bergelar tunangan orang. hehehe >_<  tak sangka yang hunny dah pegang title baru. tup tup tup jadi isteri orang pulak. wahhhhhhh, makin besar tanggungjawab hunny sekarang. gerun pun ada, kekadang terfikir boleh ke hunny jadi isteri yang baik dan solehah disamping menjadi isteri yang senangi dan disayangi suaminya. cewah ayat berbunga gitu.

Sebenarnya banyak yang hunny nak citer kan dalam post kali nie. tapi tak tau nak mulakan macam mana. persiapan majlis pertunangan yang dibuat last minute dan juga kenangan dengan dompet lama. sejak akhir nie hunny asyik nampak je orang ramai guna dompet yang sejibik macam dompet lama hunny. wah kangen bangat hunny dengan dompet lama hunny. 

Sambutan pertama hari bapa, tanpa bapa pada tahun nie juga. tersangat memberi kesan sampai hari-hari istimewa yang lain pun hunny x der mood nak sambut Y_Y.  still sampai hari nie, hunny masih guna perkataan bapak seperti bapak masih lagi bersama kami cuma dia tiada didepan mata. bila hunny fikir semula, lepas sekolah menengah masa hunny dengan bapak tersangat sedikit. boleh kira dengan jari kalau berjumpa.  -_-

Dan hunny nak wish welcome to new born baby today. lahir jam 2 pagi, tengok still merah lagi gitu. makin menambah keluarga hunny yang dah memang sedia ramai. but raya this year, hunny tak dapat balik kampung. hunny keje. harap masih ada harapan hunny nak raya kat kampung tuk lawat kubur bapak pada raya pertama.  

new born baby in karmi's family