Isnin, 23 Disember 2013

Selesai semuanya!!!

Assalamualaikum semua & salam sejahtera untuk non muslim,

Dah lama hunny tak mengarut kat sini. Kunun nya hupdate pic tunang la,pic nila, pic tula, and pic bla bla bla. Akhirnya semua dalam angan-angan tak sudah.

Yang sudah nyer, hunny dah pun menikah dan sah bergelar seorang isteri kepada en.hunny dengan skali lafaz saja. Alhamdulillah..

Persandingan hunny hanya dibuat kat tempat hunny saja. Tak buat dah kat tempat laki. Tak membazir bak kata mak mentua. Persandingan nie berlangsung serentak ngan akak hunny. Kira ada dua pengantin atas satu pelamin. Ha amik ko nak jimat punya pasal.

Walaupun ada perkara yang bukan dalam perancangan hunny. Tapi alhamdulillah dengan berkat kerja orang kampung yang ramai datang menolong. Terutama yang datang seminggu untuk tolong keluarga hunny. Tersangat ribuan terima kasih yang tak terhingga hunny ucapkan.

Dah malas hunny nak bebel. Dan sila lah tengok pic yang tak seberapa nie. Nie jela yang hunny dapat guna phone cikai.








                                        









Sila abaikan muka hunny. Nie ler rupanya bila x reti nak duk diam time amik gambar.

p/s: Insyallah tahun depan little hunny akn muncul ;D

Isnin, 28 Oktober 2013

Take a Brake

Betul ke yang hunny taip tu.. lantak pi la.. cuma hunny nak habaq yang skang no hupdate blog sampai ler abis majlis kahwin hunny..

So mari la kita berehat bersama kitkat..

Hahahaha

Adios amigo semua..

#doa kn semua urusan majlis hunny berjalan dengan lancar... muaxhh u'all

Selasa, 9 Julai 2013

1,2,3 kaching!

assalamualaikum semua. selamat menyambut bulan ramadhan. hunny harap semua dapat menyambut 
dengan penuh keberkahan. ~amin~

baru-baru nie hunny n hunny bunny p shopping barang hantaran kerana kegedikkan hunny. hunny minta kat mr.hunny beli baju n seluar yang santai je. no bebaju kurung sebab hunny jarang pakai.
hehehehe >_<

so sampai kat kat kedai. semua nya dah asing. part gurl n boy takda campoq2. so tempat nak tukar baju pun orang laki konfem tak boleh masuk duk depan pintu aja la.

sebab ramai orang, hunny terpaksa amik pic. malas nak beratur banyak kali.jadi hunny amik pic senang mr.hunny buat keputusan mana yang sesuai.










 kalau semua perasan.
seluar tue semua nampak macam saiz lain-lain.
tapi sebenarnya saiz semua 26..
nampak je kurus tapi pinggang hunny tetap lebar okey.






baju nie semua pilihan mr.hunny.
kata dia biar sama ngan baju dia.
cait! rasa nyesal plak kata nak santai punya baju.
huhuhu..

so lepas nie siap sedia tuk miyak wangi pulak. hadoih! poning kepala hunny nak pilih miyak wangi yang mana satu.... hurmmm



Khamis, 20 Jun 2013

Persiapan di saat akhir untuk majlis pertunangan.

     Macam tajuk kat atas, hari nie hunny nak bagitau bagaimana nak buat persiapan di saat-saat terakhir yang konon nya takde masa nak buat sebab kerja ler sangat. contohnya hunny yang busy kerja tak hengat donia la kata kan. Jadi hunny akan bagitau 10 langkah bagaimana nak buat persiapan disaat akhir. hunny harap korang semua enjoy dan dapat menggunakan sebaik mungkin. (^_^)

Langkah 1
Pastikan sehari anda punya majlis pertunangan tue anda mengambil cuti dan sila kenal pasti kawasan mana yang murah dan senang nak cari barang tanpa perlu bergerak banyak tempat. macam hunny pilih masjid india dan jalan TAR dan yang penting pastikan anda makan terlebih dahulu untuk tenaga yang banyak.

Langkah 2
Buat senarai semak barang yang perlu beli. ini penting mengelakkan anda tidak begitu stress ketika membeli.

Langkah 3
Sila pastikan credit fon dan bateri anda mencukupi untuk membuat panggilan. tersangat penting sebab mungkin anda tertinggal barang yang patut dibeli tapi tidak disenarai kan. 

Langkah 4 
Tempah barang yang memerlukan masa untuk siap. contoh kek atau baju. bagi yang nak jimat boleh guna baju raya or baju kurung yang dulu-dulu if kalau korang rasa cantik. dan pastikan ambil semua barang tue sehari sebelum majlis.

Langkah 5
Jika anda tidak yakin dengan pilihan anda sendiri atau korang rasa korang nie tak cukup kreatif dalam memilih barang. sila bawa seseorang yang korang rasa boleh harap dan tak menyusahkan korang dikemudian hari. paling penting tak kuat membebel dan mempunyai citarasa yang hebat. hunny just bawa tunang hunny sebab dari segi pemilihan memang 'daebak'  hehehe gatai guna bahasa korea >_<

Langkah 6
Pastikan ada seseorang yang cukup kreatif serta sanggup berjaga malam tuk siap kan semua hantaran dan juga goodies. lagi bagus kalau u'alls memang kreatif tahap gaban. maka tak perlu nak susahkan orang lain.

Langkah 7
Buat majlis pertunangan bersama majlis lain. kenapa hunny cakap macam tue sebab nya korang tak perlu nak pening pasal hidangan tuk orang ramai sebab ada orang lain yang handle. jadi boleh tumpu pada majlis anda sendiri tanpa pening kepala.

Langkah 8 
Perlu belajar bagaimana nak make up sendiri tanpa perlu upah orang lain. sebab tunang je jadi tak perlu nak havoc sangat la. lagipun cecuba simpan skit seri tue tuk kahwin nanti. hehehe..

Langkah 9
Pastikan duit belanja anda perlu lebih daripda bajet sebenar. kenapa? jangan tanya kenapa aeh. korang dah buat last minute, so jangan harap sangat korang akan dapat murah. Faham! kalau dapat murah tue memang u'alls bernasib baik sesangat.

Langkah 10
Sentiasa ada backup plan or dalam bahasa melayu nya rancangan tambahan. jika ada perkara yang korang rancang tue tak jadi or tak dapat dilaksanakan. sekurang-kurangnya ada rancangan lain yang boleh korang guna pakai untuk cover perkara yang tak jadi tadi. dan yang paling penting pastikan minda anda sentiasa bergerak cergas dan pantas walaupun anda berada didalam tekanan yang amat.

and the most important, senyum n sila cover ayu, cantik n chumel sehabis boleh bila masa berlangsung. walaupun time tue ada masalah. Jangan Pamer sejelasnya di muka anda. Wokeh.. -tamat suder-

p/s : kalau tak nak ada masalah or tak nak rasa tension2. sila lah jangan buat last minute macam hunny. N nanti hunny akan tunjuk hasil gubahan hantaran last minute hunny. kalau ada ler.. >_< and the most important.. ramai yang tak tau baju tunang hunny sepatutnya baju nikah hunny.. sebab tue hunny tak hupdate gambar tunang.. huihuihui "/

  

Sabtu, 15 Jun 2013

after tunang

Ha! kan dua kali post dalam sehari. jarang sangat post, sekali post dua tiga kali. takpe la sebagai bekalan di kemudian hari. hahaha, mana tau esok lusa busy lagi ngan kerja. memang dah tak terpegang laptop nie. bukan setakat tak terpegang. nak sentuh pun memang susah la. pandang sepi je dari jauh. dan sape yang tau hunny kerja kat mana. cer la tetegur sikit. jangan risau hunny takkan makan orang punye.

Tajuk kat atas tue bukan nya hunny nak citer tentang perjalanan hidup hunny selepas menjadi tunangan orang. tapi sebalik kejadian selepas majlis tunang hunny. majlis tunang buat waktu pagi sebab waktu tengah hari sambung dengan majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan majlis arwah. semuanya dibuat sekali tuk menjimatkan masa dan wang tunai. senang kan dan tak perlu nak susahkan sedara mara lain minta cuti banyak-banyak. hehehe..

majlis tunang hunny hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu. sampai majuk-majuk budak tempat keje hunny sebab tak menjemput. bukan tak nak jemput tapi dah plan tuk buat dalam bentuk kekeluargaan gitu. tapi sorang bestpren hunny time blaja datang. sebab lagipun dia sorang je tau hunny nak tunang.

tapi sampai lambat gak sebab katanya fon ter silent. majuk suder bofpren dier, tunggu sampai sanggup tak p keje. cik ton memang tak majuk cuma terasa sesikit tue ada ler. yela dah janji lama tau nak datang ke majlis. tapi time majlis tak nampak plak muka dia. sob sob sob. 

Ok back to story, after semua majlis selesai. kami semua dok packing semua makanan. hajat di hati nak ber picnic kat pantai morib. sekali semua dah masuk keter, masing-masing duk tanya sape tau p jalan pantai morib. lingkup semua plan, maka terpaksa bina plan baru dalam bape saat. setelah kata sepakat ditemui, putrajaya ler jadi pilihan. 

sampai kat destinasi, hunny cakap lapaq sebab dari awal pagi lagi hunny tak makan. takde selera, darah gemuruh la kata kan. dengan selamba duk makan kat jambatan dekat masjid putrajaya sampai tak hirau dah orang duk pandang janji kenyang. 

habis makan terus p wayang kat putrajaya. first, diorang memasing duk pakat nak tengok citer LARI. tapi di bangkang awal-awal oleh hunny. hunny dah lama ngidam nak tengok citer PEE MAk. pujuk punya pujuk, gaya ala manja tak payah cakap. semua nya hunny keluarkan dengan harapan citer hunny nak dapat tengok. 

akhirnya sumer dah mengalah tapi ngan syarat lepas habis citer PEE MAK kena tengok citer AFTER EARTh. tak kesah la janji PEE MAK dapat walaupun dalam hati meronta-ronta tak nak tengok citer after earth. 

masuk wayang tengok citer PEE MAK dari awal sampai akhir memasing duk gelak sakan sampai tak hengat donia. bila scene mengejut muncul, memang mengejut habis sampai hunny duk melatah. gelak-gelak orang kat sebelah hunny dengar hunny melatah. malu tak payah cakap ler. rasa nak sumbat muka nie dalam baju.

habis citer PEE MAK kami semua duk berlari kejar tengok citer seterusnya. sempat juga hunny p tandas tuk melepas kan hajat. masuk je wayang citer dah start tapi yang tak besh nya, wayang dah mula lampu tak padam lagi. tak havoc langsung. lama tak lama mana la dalam 10 minit gak menunggu. pe yang hunny boleh cakap after earth memang hunny dapat jangka citer nie memang buat hunny ngantok. memang memasing kena perli la dengan hunny. hehehe  >_<  sape suh duk mempertikai kan hunny punya gerak hati. 


citer nie hunny bagi 4/5 bintang
mungkin boleh tambah setengah lagi kot.
kalau sesapa tension tak hengat cik ton saran kan tonton citer nie.
sebab kak ton suka sesangat.

citer nie 2/5 jer boleh bagi.
tue pun sebab lakonan anak beranak yang dah memang kita tau teror  sangat  la katakan.
bagi yang tension jangan tengok citer nie.
kang ada balik umah rasa lagi nak hantuk kepala kat dinding.




New born

Haip semua! ini post hunny pertama setelah bergelar tunangan orang. hehehe >_<  tak sangka yang hunny dah pegang title baru. tup tup tup jadi isteri orang pulak. wahhhhhhh, makin besar tanggungjawab hunny sekarang. gerun pun ada, kekadang terfikir boleh ke hunny jadi isteri yang baik dan solehah disamping menjadi isteri yang senangi dan disayangi suaminya. cewah ayat berbunga gitu.

Sebenarnya banyak yang hunny nak citer kan dalam post kali nie. tapi tak tau nak mulakan macam mana. persiapan majlis pertunangan yang dibuat last minute dan juga kenangan dengan dompet lama. sejak akhir nie hunny asyik nampak je orang ramai guna dompet yang sejibik macam dompet lama hunny. wah kangen bangat hunny dengan dompet lama hunny. 

Sambutan pertama hari bapa, tanpa bapa pada tahun nie juga. tersangat memberi kesan sampai hari-hari istimewa yang lain pun hunny x der mood nak sambut Y_Y.  still sampai hari nie, hunny masih guna perkataan bapak seperti bapak masih lagi bersama kami cuma dia tiada didepan mata. bila hunny fikir semula, lepas sekolah menengah masa hunny dengan bapak tersangat sedikit. boleh kira dengan jari kalau berjumpa.  -_-

Dan hunny nak wish welcome to new born baby today. lahir jam 2 pagi, tengok still merah lagi gitu. makin menambah keluarga hunny yang dah memang sedia ramai. but raya this year, hunny tak dapat balik kampung. hunny keje. harap masih ada harapan hunny nak raya kat kampung tuk lawat kubur bapak pada raya pertama.  

new born baby in karmi's family

Jumaat, 22 Mac 2013

New Purse

haaa kan dah melayang duit tue.. gatai sangat nak p tukar dompet hunny.. dah melayang terbang duit tue.. gara-gara sakit mata tengok hunny pakai dompet yang dah menanti nak masuk tong sampah.. sanggup en.bunny beli baru.. katanya macam x da duit nak beli dompet..

bukan hunny x nak beli yang baru.. tapi masih x der yang bekenan.. apatah lagi banyak sentimental value dompet lama tue pada hunny.. hunny start jatuh cinton kat dompet lama when first time mak hunny duk tayang kat hunny dia dapat dompet free.. well design dier ala-ala zaman dulo-dulo.. mewnyebabkan hunny jatuh hati padanya.. well hunny memang suka bab nampak vintage n old skool punya barang..

 *see still susah nak jmpa corak n colour like this.. sob sob sob T_T

disebabkan en.bunny yang beria sangat nak tukar.. hunny ikut jela, lagipun en.bunny cakap dia nak belanja.. si I accepted that muahahaha.. so berpusing la bagai nak gila satu midvalley dengan en.bunny apatah lagi sat lagi wayang nak start.. 

well en.bunny punya perangai time shopping memang penat nak ikut.. walaupun at the end memang berbaloi tetapi masalah stamina hunny yang kureng sentiasa membuatkan hunny pikir banyak kali kalau nak shopping dengan en.bunny.. beliau akan tawaf seluruh shopping complex.. mata umpama scan n sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.. hehehe.. setelah habis pusing, timbang tara akan berlaku.. setelah buat short list, senarai shop yang berkenan akan pergi lagi buat kali kedua or ketiga.. dan setelah puas, barulah keputusan dijatuhkan.. macam mahkamah dah hunny rasa..

setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama en.bunny dan setelah baik buruk telah dipertimbangkan.. kami balik semula ke ROXY.. dan jeng jeng akhirnya duit beliau telah hangus disitu.. hahaha.. apa jadi dengan purse lama hunny.. tanpa hunny sedar, en.bunny terus musnahkan purse lama dan buang terus ke dalam tong sampah gara-gara tak bagi hunny pakai yang lama semula.. kata beliau, dia kenal hunny macam mana hehehe..


* more bigger dan boleh simpan macam2 w00..



Selasa, 12 Mac 2013

Preparing :)

haip n haip semua.. hahaha hadoi.. semakin hari kepala hunny makin pening + rasa hati makin bedebaq.. pasai apa hunny jadi lagu nie.. tahun nie hunny akan transfer dari MISS aka cik kepada MRS aka cik puan.. hahaha still nak gak ada CIK, wajib ada walaupun spuloh anak dah kuar.. hehehe ;P

by d way, hunny n en. bunny masih lagi dalam persiapan kecil kecilan.. setiap hujung bulan asal bank bunyi kaching.. maka kaki masing-masing haruslah bersiap sedia kerana harus bekerja selama 2 hari tanpa rehat.. begitu juga ngan encik mata.. huhuhu.. pasai apa, pasai depa semua kena round bukan 1 tetapi asal nama aje shopping complex haruslah buat berpusing untuk mencari barang terbaik..

baju for akad nikah, akhirnya sempat jugak hunny beli.. huhuhu.. hanya satu je yang tinggal.. nasib en.bunny sudah standby lau x tak bersiap sedia la mendengar keluh kesah hunny yang x kan tau bila nak habisnya.. huhuhu.. walaupun simple no manik-manik tapi yang menariknya baju nie cam baju songket.. dan yang penting baju nie dipilih sendiri oleh en.bunny.. :)


pic: butik QAMILLA kat SACC mall shah alam.

 camner pun sebab dah abis banyak kat baju akad so tuk baju tunang hunny terpaksa jimat.. arghhhh tidakk!!! sebabnya hunny p bukak kat ZALORA nyer laman.. owh no! kali pertama pandang terus ku jatuh cinta pandang pertama.. walaupun hunny tau dah memang semuanya cantik belaka.. tapi baju kurung moden rekaan jovian memang buatkan hati hunny melting sebentar.. huhuhu..  hope hunny dapat pujuk en.bunny tuk beli.. hahahaha.. agak-agak en.bunny akan menjerit macam dalam iklan tue.. hehehe.. coz hunny dah dapat perasaan malas nak p shopping kat luar, on9 pun jdi  ler.. hehehe..


Khamis, 7 Februari 2013

Become Mrs.

baru-baru nie, hunny n hunny bunny p shah alam. duk mencari baju tuk majlis akan datang. yargh itu dia, x lama lagi hunny akan jadi Mrs. hunny bunny. hunny ingat akan tangguh lagi dalam 2 or 3 tahun lagi. disebabkan meneruskan amanat arwah, jadi perkahwinan diteruskan. tak boleh nak lengah lagi sebab akak hunny x muda rumaja macam hunny lagi.. hahahahaha kempis kejap hidung..

jadi disebabkan hunny nie keras kepala. so tema terpaksa mengikut kehendak hunny.. iaitu warna pastel aeh u'oll semua. kasihan akak, kasihan juga kat hunny sebab kasut x boleh nak tinggi melangit. sebab nanti akak jela yang terbantut kat tengah2..

berbalik kejadian di shah alam, satu butik sudah pun dalam target hunny tuk majlis akad nikah.. simple but nice.. pandai mr.hunny bunny pilih. sekarang tuk persandingan sahaja yang tinggal. hunny nak cari baju yang bukan saja guna tuk bersanding.. tapi kira lepas nie nak buat baju raya or p majlis keramaian pun boleh.. hunny x nak membazir sahaja.. lepas guna sekali letak dalam almari.. x mo.. x mo.. x mo aeh macam nie..

jadi sesiapa yang ader cadangan boleh tinggalkan link kat komen dibawah.. pasal makeup hunny menggunakan khidmat kawan hunny sahaja.. untuk tudung dan lace masih dalam pencarian.. n NO SANGGUL melangit macam BONGGOL UNTA aeh semua..

pergh ada gaya #almy nadia tak.. memang muka cam nak mintak penampaq.. ok nak kempis kejap hidung.. hehehe..



Rabu, 23 Januari 2013

Alfatihah



Assalamualaikum semua..
Hunny sebenarnya nak sampai kan sesuatu..
Kepada yang mengenali hunny sekeluarga..
Dan juga yang sentiasa mengikuti diri hunny..
Mungkin dah tahu yang bapa hunny mengidap kanser stage 4..

Bapa hunny telah pun pergi mengadap ilahi
Pada 15 januari 2013 hari selasa..
Beliau meninggal dalam keadaan tidur..
Sehingga abang hunny yang menjaga bapa
Pada malam itu pun tidak menyedari ketiadaanya..

Kehilangan bapa memang memberi kesan kepada kami semua..
Dan bapa seolah-olah mengetahui yang dia
Akan pergi berjumpa ilahi pada hari selasa..
Bapa selalu beritahu hari selasa  dia tiada lagi..

Walaubagaimanapun, bapa puas hati kerana sempat ketemu
Dengan semua anak-anaknya ..
Bertemu dengan keluarganya..
Alhamdulillah,
Segala proses pengembumian bapa
Berlangsung dengan lancar..

Hunny berdoa
Bapa sentiasa dicucuri rahmatnya..
Serta ditempatkan bersama-sama 
Orang yang beriman..
Semoga roh bapa tenang disana..
Amin..