Sabtu, 11 Januari 2014

Evening Sickness

Assalamualaikum semua & salam sejahtera untuk non muslim,

Alhamdulillah, walaupun masih lagi dalam mood berkahwin. padahal sudah hampir 2 bulan. hehehehe ;) Allah telah memberi satu rezeki yang mungkin ada sesetengah pasangan menanti begitu lama.

tentu ramai dah dapat kalau tengok daripada title kat atas. Allahuakbar! Allah telah mengurniakan satu lagi nyawa dalam tubuh hunny. semakin hari hunny dapat rasa little hunny semakin membesar : D

Sepanjang kehamilan untuk kali pertama bagi hunny boleh di katakan agak terseksa dan teruk sedikit. tak semua ibu hamil mengalami hal sedemikian.

untuk awal kehamilan sekarang, selera makan hunny turun mendadak. hunny risau sangat sebab badan hunny sudah sedia kurus. hunny cukup risau little hunny tidak mendapat zat yang secukupnya. apatah lagi tekak hunny tak dapat minum untuk ibu mengandung jadi hunny ganti dengan susu cair yang biasa.

semua vitamin jenis pil hunny tak dapat nak terima. telan je keluar semula. dan sekarang hunny tak dapat nak makan nasi. cuma bubur nasi je boleh telan. tapi alhamdulillah hunny masih lagi boleh terima mee dan juga makanan lain. tapi paling kesian mr.hunny sebab hunny langsung tak hidu bau badan dia.. huhuhuhu T_T

Last sekali evening sickness, sama je macam morning sickness. cuma yang bese nya hanya masa sahaja. bermula petang sampai ke malam. dan menyebabkan hunny terpaksa masuk tido dalam pukul 3 atau 4 pagi. nak kejut mr.hunny memang tak sampai hati sebab besok kena bangun awal pagi.

jadi hunny akan duduk luar bilik sampai hilang rasa muntah dan pening. juga mata hunny dah mengantuk sampai tahap maksimum baru hunny masuk bilik tido. walaupun tak pernah kena morning sickness. tapi bila bangun pagi esok tetap penat dan mengantuk sebab tak cukup tido n muntah sepanjang malam.

walau macam mana pun hunny tetap terima dengan hati yang terbuka kerna anugerah ini bukan selalu kita dapat ;D


Tiada ulasan: