Khamis, 20 Jun 2013

Persiapan di saat akhir untuk majlis pertunangan.

     Macam tajuk kat atas, hari nie hunny nak bagitau bagaimana nak buat persiapan di saat-saat terakhir yang konon nya takde masa nak buat sebab kerja ler sangat. contohnya hunny yang busy kerja tak hengat donia la kata kan. Jadi hunny akan bagitau 10 langkah bagaimana nak buat persiapan disaat akhir. hunny harap korang semua enjoy dan dapat menggunakan sebaik mungkin. (^_^)

Langkah 1
Pastikan sehari anda punya majlis pertunangan tue anda mengambil cuti dan sila kenal pasti kawasan mana yang murah dan senang nak cari barang tanpa perlu bergerak banyak tempat. macam hunny pilih masjid india dan jalan TAR dan yang penting pastikan anda makan terlebih dahulu untuk tenaga yang banyak.

Langkah 2
Buat senarai semak barang yang perlu beli. ini penting mengelakkan anda tidak begitu stress ketika membeli.

Langkah 3
Sila pastikan credit fon dan bateri anda mencukupi untuk membuat panggilan. tersangat penting sebab mungkin anda tertinggal barang yang patut dibeli tapi tidak disenarai kan. 

Langkah 4 
Tempah barang yang memerlukan masa untuk siap. contoh kek atau baju. bagi yang nak jimat boleh guna baju raya or baju kurung yang dulu-dulu if kalau korang rasa cantik. dan pastikan ambil semua barang tue sehari sebelum majlis.

Langkah 5
Jika anda tidak yakin dengan pilihan anda sendiri atau korang rasa korang nie tak cukup kreatif dalam memilih barang. sila bawa seseorang yang korang rasa boleh harap dan tak menyusahkan korang dikemudian hari. paling penting tak kuat membebel dan mempunyai citarasa yang hebat. hunny just bawa tunang hunny sebab dari segi pemilihan memang 'daebak'  hehehe gatai guna bahasa korea >_<

Langkah 6
Pastikan ada seseorang yang cukup kreatif serta sanggup berjaga malam tuk siap kan semua hantaran dan juga goodies. lagi bagus kalau u'alls memang kreatif tahap gaban. maka tak perlu nak susahkan orang lain.

Langkah 7
Buat majlis pertunangan bersama majlis lain. kenapa hunny cakap macam tue sebab nya korang tak perlu nak pening pasal hidangan tuk orang ramai sebab ada orang lain yang handle. jadi boleh tumpu pada majlis anda sendiri tanpa pening kepala.

Langkah 8 
Perlu belajar bagaimana nak make up sendiri tanpa perlu upah orang lain. sebab tunang je jadi tak perlu nak havoc sangat la. lagipun cecuba simpan skit seri tue tuk kahwin nanti. hehehe..

Langkah 9
Pastikan duit belanja anda perlu lebih daripda bajet sebenar. kenapa? jangan tanya kenapa aeh. korang dah buat last minute, so jangan harap sangat korang akan dapat murah. Faham! kalau dapat murah tue memang u'alls bernasib baik sesangat.

Langkah 10
Sentiasa ada backup plan or dalam bahasa melayu nya rancangan tambahan. jika ada perkara yang korang rancang tue tak jadi or tak dapat dilaksanakan. sekurang-kurangnya ada rancangan lain yang boleh korang guna pakai untuk cover perkara yang tak jadi tadi. dan yang paling penting pastikan minda anda sentiasa bergerak cergas dan pantas walaupun anda berada didalam tekanan yang amat.

and the most important, senyum n sila cover ayu, cantik n chumel sehabis boleh bila masa berlangsung. walaupun time tue ada masalah. Jangan Pamer sejelasnya di muka anda. Wokeh.. -tamat suder-

p/s : kalau tak nak ada masalah or tak nak rasa tension2. sila lah jangan buat last minute macam hunny. N nanti hunny akan tunjuk hasil gubahan hantaran last minute hunny. kalau ada ler.. >_< and the most important.. ramai yang tak tau baju tunang hunny sepatutnya baju nikah hunny.. sebab tue hunny tak hupdate gambar tunang.. huihuihui "/

  

Tiada ulasan: