Sabtu, 15 Jun 2013

after tunang

Ha! kan dua kali post dalam sehari. jarang sangat post, sekali post dua tiga kali. takpe la sebagai bekalan di kemudian hari. hahaha, mana tau esok lusa busy lagi ngan kerja. memang dah tak terpegang laptop nie. bukan setakat tak terpegang. nak sentuh pun memang susah la. pandang sepi je dari jauh. dan sape yang tau hunny kerja kat mana. cer la tetegur sikit. jangan risau hunny takkan makan orang punye.

Tajuk kat atas tue bukan nya hunny nak citer tentang perjalanan hidup hunny selepas menjadi tunangan orang. tapi sebalik kejadian selepas majlis tunang hunny. majlis tunang buat waktu pagi sebab waktu tengah hari sambung dengan majlis kenduri doa selamat, kesyukuran dan majlis arwah. semuanya dibuat sekali tuk menjimatkan masa dan wang tunai. senang kan dan tak perlu nak susahkan sedara mara lain minta cuti banyak-banyak. hehehe..

majlis tunang hunny hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu. sampai majuk-majuk budak tempat keje hunny sebab tak menjemput. bukan tak nak jemput tapi dah plan tuk buat dalam bentuk kekeluargaan gitu. tapi sorang bestpren hunny time blaja datang. sebab lagipun dia sorang je tau hunny nak tunang.

tapi sampai lambat gak sebab katanya fon ter silent. majuk suder bofpren dier, tunggu sampai sanggup tak p keje. cik ton memang tak majuk cuma terasa sesikit tue ada ler. yela dah janji lama tau nak datang ke majlis. tapi time majlis tak nampak plak muka dia. sob sob sob. 

Ok back to story, after semua majlis selesai. kami semua dok packing semua makanan. hajat di hati nak ber picnic kat pantai morib. sekali semua dah masuk keter, masing-masing duk tanya sape tau p jalan pantai morib. lingkup semua plan, maka terpaksa bina plan baru dalam bape saat. setelah kata sepakat ditemui, putrajaya ler jadi pilihan. 

sampai kat destinasi, hunny cakap lapaq sebab dari awal pagi lagi hunny tak makan. takde selera, darah gemuruh la kata kan. dengan selamba duk makan kat jambatan dekat masjid putrajaya sampai tak hirau dah orang duk pandang janji kenyang. 

habis makan terus p wayang kat putrajaya. first, diorang memasing duk pakat nak tengok citer LARI. tapi di bangkang awal-awal oleh hunny. hunny dah lama ngidam nak tengok citer PEE MAk. pujuk punya pujuk, gaya ala manja tak payah cakap. semua nya hunny keluarkan dengan harapan citer hunny nak dapat tengok. 

akhirnya sumer dah mengalah tapi ngan syarat lepas habis citer PEE MAK kena tengok citer AFTER EARTh. tak kesah la janji PEE MAK dapat walaupun dalam hati meronta-ronta tak nak tengok citer after earth. 

masuk wayang tengok citer PEE MAK dari awal sampai akhir memasing duk gelak sakan sampai tak hengat donia. bila scene mengejut muncul, memang mengejut habis sampai hunny duk melatah. gelak-gelak orang kat sebelah hunny dengar hunny melatah. malu tak payah cakap ler. rasa nak sumbat muka nie dalam baju.

habis citer PEE MAK kami semua duk berlari kejar tengok citer seterusnya. sempat juga hunny p tandas tuk melepas kan hajat. masuk je wayang citer dah start tapi yang tak besh nya, wayang dah mula lampu tak padam lagi. tak havoc langsung. lama tak lama mana la dalam 10 minit gak menunggu. pe yang hunny boleh cakap after earth memang hunny dapat jangka citer nie memang buat hunny ngantok. memang memasing kena perli la dengan hunny. hehehe  >_<  sape suh duk mempertikai kan hunny punya gerak hati. 


citer nie hunny bagi 4/5 bintang
mungkin boleh tambah setengah lagi kot.
kalau sesapa tension tak hengat cik ton saran kan tonton citer nie.
sebab kak ton suka sesangat.

citer nie 2/5 jer boleh bagi.
tue pun sebab lakonan anak beranak yang dah memang kita tau teror  sangat  la katakan.
bagi yang tension jangan tengok citer nie.
kang ada balik umah rasa lagi nak hantuk kepala kat dinding.




Tiada ulasan: