Khamis, 3 April 2014

Bayi tiba-tiba berhenti bergerak

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Tengok title kat atas mesti ibu-ibu risau. Tetiba baby yang selama nie aktif lam perut. Esok harinya tak rasa pergerakan dah.

Hunny antara salah sorang yang merasa risau dah tak tahap apa. Air mata mengalir bagai tak hengat donia dah. Macam-macam dah dok bermain dalam fikiran hunny. Siap dok anta mesej ngadu kat mr.hunny yang memang dok jauh dari mata hunny. Apatah lagi hunny punya kandungan oksigen dalam darah sentiasa dok jatuh menjunam macam saham dah hunny tengok.

Tapi cepat-cepat hunny tenangkan fikiran, tarik nafas panjang-panjang. Pejam mata n duk relax sekejap. Hunny mula whatssap akak hunny yang juga dok preggy sama macam hunny. Cuma dia awal bape minggu or bape hari daripada hunny. Hunny dok tanya dia punya pergerakan baby dia tuk hunny compare dengan pergerakan baby hunny.

Sambil tue hunny rujuk lam fb, group yang hunny join nie amat ketat sikit. Setiap ahli yang nak join akan di selidik dulu oleh admin bagi mengelak berlaku pergaduhan sesama ibu lam group. Thanks kepada group Mom To Be yang banyak kongsi tips n juga petua kepada ibu-ibu, terutama yang baru first time macam hunny.

So hunny cuba tips yang dikongsi. Antara tips nya, minum air sejuk atau beri kejutan pada baby dengan mendengar muzik atau bunyi. Sambil tue, ibu baring secara mengiring.
Jadi hunny dengarkan baby hunny dengan bacaan surah n zikir-zikir. Alhamdulillah, akhirnya ada juga pergerakan daripada little hunny.

Macam mana pun, besok kena pi juga klinik tuk periksa lebih lanjut. Dan ada satu lagi laman web yang hunny rasa agak berbaloi tuk ibu- ibu tahu lebih lanjut pasal kandungan dan juga bayi. www.babycenter.com.my banyak info juga yang hunny dapat dalam web nie.

P/s: harap tiada masalah pada little hunny


2 ulasan:

ecah khalili berkata...

ecah pon kadang risau jugak..kadang aktif sangat2..tiba2 ade dalam sehari xbergerak langsung..mula2 pk positif maybe tido..tapi kalau dah lama sangat risau pulak..so ecah selalunya akan minum ais yg sejuk sangat2 atau makan coklat ataupon buah oren..lepas 20 minit kalau xbergerak jugak baru pegi hspital..tapi stakat ni bila ecah buat cmtu xlama lepas tu bergerak la die..hehe

hunny pie berkata...

Hari nie x pi klinik.. sbb baby lam perot aktif blik.. agk nya smlm mak dia mls.. ank pon ikut mls nk gerak