Khamis, 10 April 2014

RISAU ibu mengandung

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Entri kali nie hunny sebenarnya tak nak buat ibu len lain rasa risau. Tapi hunny tak dapat jugak nak elak daripada kongsi dengan bakal ibu-ibu yang lain.

Baru-baru nie dalam fb, hunny slalu baca update status kengkawan hunny. Kebanyakan sumer nya update happy mood sebab diri sendiri dah mengandung dan bini memasing dah mula muntah-muntah.

Tapi ada juga update status yang sedih, dah memang mengalir air mata hunny. Becampur aduk perasaan hunny. Takut, kasihan, simpati, sedih, dan gementar. Perkara nie terjadi pada senior hunny, baru sahaja berkahwin dan akhirnya senior hunny mengandung. Dia memang gembira sangat.

Tapi sewaktu kehamilan, senior hunny alami alahan yang teruk sangat. Dan satu hari dia rasa panas, jadi ibu dia bawa pegi mandi. Selepas ibu senior jirus air terus dia pengsan. Akhirnya senior di sah kan meninggal dunia. Innalillah.... dari dia kita datang kepada dia juga kita kembali.

Satu lagi kisah berlaku pada senior hunny juga, di mana isteri nya tidak sedar kan diri selepas melahirkan anak. Senior memang happy sebab anak yang pertama. Isteri nya mengalami pendarahan yang teruk. Koma selama beberapa hari.

Alhamdulillah, senior kata isterinya sudah sedar. Cuma masih dalam keadaan kritikal lagi. Bayi dan ibu nya baru sahaja dapat jumpa setelah tiga hari lahir ke dunia. Kata senior sepanjang isteri nya hamil tiada berlaku sebarang masalah. Malah waktu nak dekat bersalin pun tiada sebarang masalah. Siap ajak senior p tengok bola lagi.

Hunny doakan isteri nya cepat sembuh dan dapat pegang n jaga baby sendiri. Kita doa kan sesama aeh..

To mr.hunny,
Ingat janji kita.. walau apa pun orang cakap nanti. Mr.hunny kena ikut apa yang kita janji kan bersama...

To lil.hunny,
Ingat mak n babah sentiasa sayang kan kamu selamanya..


Tiada ulasan: